follow me and i will follow you back..muuaccxx !!

Sunday, 22 February 2015

Beralih perasaan ?

Assalamualaikum.. lamanya tak hupdate belog.. huhuhu rinduuuuuu rinduuuu... hari ni aku tak mau cerita dah pasal yang sebelum2 ni aku hupdate.. nak tau pasal apa tengok entry sebelum ni... tapi lebih baik jangan tengok... hahahah ! :P Hari ini rasa macam nak cerita pasal lain la pulak..

Aku rasa aku dah boleh dah kot kalau kata nak lupa yang lama.. rasa macam tak patut tunggu ja  *baru sedarr kaa? (luku sikit) ..hehe... sebab nak ingat orang lain la pulak.. *gataiii noh... hehe.. hmm tapi susah jugak nak suka orang lain pun... sebab tak taw dia akan suka ka tak dekat kita... tu yang susah kalau berkaitan dengan perasaan ni... tapi aku perempuan.. aku susah nak luah kat orang.. aku cuma kan buat sesuatu bagi orang tu taw yang aku suka dia.. tapi mana ada sapa akan paham kan kalau camtu.. tapi tak pa la... suka dalam diam ja lam.. janji dok sembang gak kan hari2...

Walaupun tak taw orang yang aku suka tu perasaan dia macam mana.. macam susah sikit la kan.. tapi  tak pa la.. diam2 dah... macam dia kata.. kalau ada jodoh tak kemana kan.. kita kan hanya mampu merancang... tapi kalau dia tak suka aku pun tak pa.. aku bukan sapa2 pun.. tu hak individu kan.. semua orang ada hak untuk memilih... anggap ja masa ni masa untuk buat perubahan untuk diri.. perbetul diri sikit.. tapi aku harap dapat seseorang yang dia rasa dia boleh bimbing aku... aku tak mintak banyak pun... tapi aku tak taw la dia suka aku ka tak... maklum laa.. aku ni kasar sikit.. garang sikit.. tak taw la sapa yang boleh terima aku...huhuhu (sedih pulak rasa)..

Aku rasa biar aku simpan ja .. nanti bila tiba masa, dia tau la kot.. hehe awk taw tak ?? :* aku rasa mungkin baru lagi kot.. tak pa.. take time untuk kenal sapa2 jaa.. dengan cara tu kita boleh kenal cara seseorang tu macam mana... tapi maaf , aku mungkin bukan dalam pilihan dia kot.. (kot ja la) ..  takpa la hawa.. sekurang2 nya dia dok kawan ngan hang kan,... heheh masalah aku satu ja.. aku selalu suka rendahkan diri sendri.. suka rasa down soran2 aku.. suka pikir negatiff... huhuhu.. mesti dia tak selesa kan dengan aku... 

Tapi aku suka cara dia.. aku rasa aku dah mula suka dia (maybe).. kalu betul tak pa la.. lagipun buat apa aku nak kejar bayang orang lama.. sekurang2 nya aku boleh lupa... belajar terima orang lain atau belajar lupa orang yang tak penah ingat kita.. huhuhu...tak pala.. berharap dan berusaha untuk orang baru.. *ishh ngadanyaaa aku macam dah ada apa2 pulak... gegeh ja lebihh... hehehe*

Nanti la aku cerita pasal sapa dia tu... nanti aku hupdate lagi k.. *tengah rushinggg ni.. hehe... 
bye my beloggg.... lapp uuuu... 



22022015/0740pm

Monday, 11 August 2014

Surat dari hati :')

Assalamualaikum..

Aku seorang gadis yang pada luarannya semua orang akan nampak aku seorang yang happy, suka gelak2.. Semua orang tahu , disebalik senyuman seorang perempuan terselindung kesedihan yang tak siapa tahu.. Apa yang kami rasa, apa yang kami lalui.. Bila datangnya bab cinta, itu merupakan kelemahan setiap perempuan bila dia betul2 ikhlas dalam sesuatu perhubungan.. Siapa yang tak mahu perhubungan ni kekal hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya ke akhir hayat kan? Macam tu juga aku… huuhuhu

Perasaan yang aku simpan hampir 5 tahun ni masih kekal di sini…Sebab apa? sebab pintu hati telah tertutup....  Aku pernah memiliki dia, tapi tidak lama.. Walaupun Cuma 2 tahun tapi macam yang aku kata tadi.. Perasaan ni masih kekal hingga ke hari ini.. Aku tak tahu sama ada aku bodoh ataupun ini yang aku nak.. Bila sebut pasal perasaan, yup ! I'm still love him.. Walaupun dia tak tahu.. Selepas kami break, aku tak pernah sekali pun mesej atau cari dia.. Biarlah hanya aku saja yang buat keja bodoh tu dengan stalk dia.. Disebabkan aku tak mahu ganggu kebahagian dia.. Aku Cuma tengok dari jauh.. Aku tumpang bahagia bila dia bahagia.. It's okay walaupun bukan dengan  aku janji dia bahagia… Sakit, kecewa, jeles ?? Tipu lah kalau aku kata aku tak rasa semua tu.. Tapi biar ja la Allah saja yang tahu perasaan aku.. Aku doakan dia dari jauh… :')

Kadang2 aku rasa aku perlu move on ! Sampai bila aku nak macam ni.. Untuk berapa tahun lagi aku kena tunggu dia walaupun dalam hati aku susah nak dapat perasaan tu balik dan bagi dekat orang lain… Tiap kali aku aku rasa aku dah sedia untuk move on, saat itu la dia kembali walaupun bukan dengan apa2 harapan.. Tapi tu dah cukup buat aku.. Sekurang2 nya dia masih ingat aku… Walaupun bukan dengan apa2 harapan, aku tetap ada untuk bagi dia semangat sebagai seorang teman.. Dalam keadaan yang tak diduga.. Apa yang boleh aku buat.. Sayang tu masih ada tapi mungkin dia tak tahu.. Hmm tapi takpa. Aku okay .. :')

Member2 aku pelik dengan aku.. Walaupun dah banyak tahun, perasaan aku masih kuat untuk dia.. Aku baru tersedar yang sebenarnya aku dan dia dah 3 tahun break.. Tapi perasaan tu macam baru semalam kami break.. Cepatnya masa berlalu… :') susah untuk aku cari pengganti dia.. Aku selalu pikir macam mana suatu hari nanti dia datang bawak harapan dan masa tu aku dah dengan orang lain.. Apa perasaan dia? Menyesal kah dia ? Ya Allah, adakah aku terlalu mementingkan perasaan dia dari perasaan aku sendiri.. Aku taknak tengok dia sedih ataupun kecewa.. Hmm…

Walaupun kami ok2 ja, tapi aku rasa serba salah nak mesej atau apa2 pun dekat dia.. Aku taknak dia rasa yang aku ni merimaskan.. Aku taknak jadi beban dia.. Sebab tu bila dia diam, aku pun diam.. Tapi dalam hati aku hanya Allah saja yang tahu , aku nak mesej dia hari2.. Tapi aku tahu , dia tahu yang aku selalu ada bila dia perlukan teman untuk bersembang..  Aku Cuma biar ja bila dia rasa dia perlukan aku, aku ada kat sini.. Always be here for you ! Bukan aku taknak terima orang lain.. Tapi perasaan aku ni susah nak baca.. Bila ada orang lain yang betul2 aku suka… aku mmg akan berkawan… tapi bila dah ke arah lebih rapat.. Perasaan tu terus hilang… hmm sebab tu semua jadi separuh jalan ja… 

Kadang2 terasa macam sakit sangat hati.. Bila orang sekeliling tak paham apa yang aku rasa dan kenapa aku masih berharap dekat dia.. Kalau la perasaan aku ni boleh dibaca oleh semua.. Mesti semua tahu macam mana perasaan aku.. Jangan terlalu mendesak kalau tak paham .. Bukannya saya tak pernah cuba nak move on... Hmm nak saja aku jerit apa yang aku rasa.. Tapi aku sendiri pun tak tahu macam mana nak luah.. Andai dia paham apa yang aku, mesti semuanya akan baik2 saja kan? Tapi dia akan tahu ka? Sebab aku tak pernah luah dekat dia.. Aku takut bila aku dah luah dekat dia.. Dia kan terus pergi dari aku.. Buntunyaaa aku ! Rasa macam nak bawak ja diri jauh2.. nak p tenangkan diri, tenangkan kepala otak huhuhu 


Aku tahu Allah sedang uji perasaan  aku.. Aku mudah rasa kecewa dan mudah rasa sedih terkadang menangis.. Bila aku down dan aku rasa buntu sangat, aku selalu mengadu dekat Allah.. Aku tahu Allah tahu semua yang jadi.. Bila aku rindu,, aku sampaikan rindu aku dekat Allah, semoga Allah sampaikan rindu aku ni buat dia… Aku ikhlas dengan ujian yang Allah bagi dekat aku.. Terkadang aku merasa kuat dan semangat aku makin pulih dari kecewa.. Mungkin Allah mendengar doaku.. Aku sedar, apa yang aku harapkan semuanya bergantung dengan izin Allah.. Aku mula belajar redha dengan berserah dengan apa yang akan terjadi nanti… mungkin baik bagi aku atau mungkin tidak .. Tapi sampai bilakah perasaan aku ni? Buat masa sekarang biarlah aku jaga dulu hati aku.. Aku simpan dulu mungkin sesuatu yang baik akan berlaku.. Insyallah.. :') Allah mengetahui segala2nya.. Tabahlah wahai hati.. La Tahzan Innallaha ma'ana....





#M.S.H.F <---- for
*3:07am 11082014



Wednesday, 6 August 2014

Perasaan ini sukar ditafsir ......^^



Assalamualaikum.. Lama rasa tak update belog ni.. Rasanya tak lewat kot nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua.. Harap2 Syawal tahun ni bermakna buat kita... :)
Raya tahun ni..mungkin bahagia atau mungkin agak sunyi bagi aku... Apa yang aku harapkan, di akhir syawal nanti semoga kebahagian ini tak hilang kalau boleh nak selama2 nya.. INSYALLAH :)

Aku sedar , mungkin Allah sedang menguji perasaanku saat ini.. Samaada memilih ataupun dipilih.. Aku tahu, Allah mengetahui apa yang aku rasa ketika ini.. masih bermain dengan perasaan.. Allah hadirkan lagi dia, Tapi aku tak pasti apa yang terjadi sebenarnya.. Apa yang paling aku takutkan bila aku terpaksa bermain dengan perasaan aku sendiri biarpun dia tak mengetahui.. Adakah dia akan hilang seperti dulu lagi andai dia mengetahuinya? Buntunya aku.. Aku dah banyak kali kehilangan dia.. Walaupun ketika dia datang tanpa apa2 harapan.. kenapa perasaan aku sendiri yang sebaliknya berharap? Ya Allah, aku memohon padaMU.. Aturkan sesuatu yang baik buatku.. dan jauhkan aku dari sesuatu yang buruk..

Walaupun hampir 3 tahun berlalu, kenapa perasaan itu masih ada? Aku telah cuba untuk buang perasaan itu.. tapi tak semudah yang aku sangka.. susah sangat2.. Aku selalu ada untuk dia samaada dia sedar atau tidak.. Aku adalah peng-stalker tegar dia.. hehe gila kan? Tapi semua tu tanpa pengetahuan dia.. Aku tak nafikan kadang2 dia tahu aku stalk dia.. hmm.. Tapi aku tak pernah kacau kebahagian dia ataupun privasi dia...Dia bahagia.. Aku tumpang bahagia... tu cukup bagi aku... Aku selalu berharap, aku mampu menjadi seorang teman yang selalu ada dengan dia bila dia ada masalah.. I HOPE !






Perasaan itu masih kekal di tempatnya.. Hanya aku yang simpan semua tu.. Aku berserah kepada Allah.. Allah sebaik2 perancang.. Apa yang terjadi adalah ujian daripadaNyA.. Bahagia ini adalah ujian.. Kecewa ini pun adalah ujian... Allah pinjamkan lagi dia untuk aku, tapi aku tak tahu sampai bila.. Samaada aku mampu jadi temannya atau sebaliknya.. Apa yang aku harapkan, aku dapat buat dia senyum selalu..

Aku mahu selalu ada ketika dia sedih ataupun kecewa.. Saat dia diduga olehMU , saat dia merasakan dia kehilangan segalanya... Terimakasih Ya Allah, tunjukkan dia kepadaku untuk memberi semangat buat dia.. Tapi adakah aku akan menjadi beban buat dia? Aku ikhlas Ya Allah biarpun sebagai seorang kawan.. Berat bagi dia untuk dia lalui semua tu...Aku sedih melihat keadaan dia masa tu.. Tapi Alhamdulillah, KAU telah tenangkan dia.. KAU telah beri kekuatan buat dia..TerimaKasih Ya Allah.. KAU lah sebaik2 penenang buat dia... 

Andai nanti dia hilang lagi.. aku tahu, mungkin aku akan merasa kecewa dan sedih itu lagi.. Tapi aku nak berterima kasih dekat dia sebab selama dia ada walaupun sekejap.. Dia bagi aku bahagia walaupun itu tak seberapa bagi dia.. tapi bermakna buat aku..TerimaKasih awak.. Kalau dia mampu bertahan.. teruslah ada untuk selamanya... Aku serahkan Jodohku kepada Allah.. Semoga Allah permudahkan.. Aku akan menghargai setiap saat yang ada.. 






" Ya Allah, Andai dia jodohku..Dekatkanlah dia kepadaku.. KAU kembalikan perasaan itu buat dia dan aku.. Jadikan kami seorang yang mampu menghargai antara satu sama lain.. Dan bimbing kami ke jalanMu.. Semoga dengan Rahmat cinta yang telah KAU beri buat kami nanti berkekalan hingga ke syurga..
Ya Allah, Andai dia bukan jodohku.. Bawak lah dia perlahan2 pergi jauh dariku.. Buangkanlah segala perasaan yang mungkin akan membuatkan aku ataupun dia merasa kecewa Ya Allah.. Jadikanlah kami seorang yang ikhlas dan redha dengan ujianMU.. Semoga kami mengsyukuri nikmatMU.. Aminn " :')


TERIMAKASIH YA ALLAH ..


#M.S.H.F <---- For
*20.00pm 06/08/14



Saturday, 15 February 2014

Ciri2 bakal suami pilihan aku.. heehe

Assalamualaikum.. agak lama aku tak menaip dekat sini.. apa yang aku sibuk sangat tak taw la.. heheh... Al maklumlah sejak2 habis belajar ni, jadi malas pulak nak online2 ni... *acewaahhhh ~ hahah sekarang ni aku masih lagi menganggur takder kojerr... susah la nak cari keja sekarang ni...asihhhh!! tapi aku bukan nak cerita pasal kojer ni haaa... haha.. ok..let`s star the topic... :)

Sejak2 aku jadi suri rumah ni kan,, ( x kojer ) hehe terpikir nak kawen la pulak.. aishhh ~ * mohon mak xtaw... hahha apa2 pun aku dengar cakap mak aku jangan pikir kawen lagi sebelum dapat keja... aku pun memang pikir nak keja dlu.. kawen apa aihhh awai2... calon takdak... kalo ada tu lain la.. hehhe Ramai yang orang kata, " Ala, pompuan takpa.. nak kawen tak kalut... yang laki ja kalut nak kena cari duit " ... *errghhh! Bagi aku pendapat macam tu dah basi la bagi zaman moden sekarang ni...kalo kata pompuan tak payah keluar duit tu muhonnggg ngat ehhh... pihak lelaki bagi duit hantaran ja... bab2 kenduri bukan pihak lelaki tanggung pun... kalo tak keja mana datangnya duit kan... takkan time kita nk kawen nak wat kenduri pun kita takmaw tolong mak ayah kita.. sekurang2nya dapat la kita bantu sikit kalo kita dah keja... kan2?? sebab tu sekarang ni laki dngn pompuan sama ja.. masing2 kena keja... masa depan kita taktaw lagi macam mana  kan.. so better kita plan dari awal... hehhe 

Adik beradik aku semua cakap, kalo nak cari suami cari yang jenis lekat sembahyang.. bukan ustaz pun takpa.. sekurang2nya dya taw tanggungjawab dya... kalo yang tu aku sokong.. sebab suami bakal jadi imam dan pembimbing buat isteri dengan anak2 dya nanti... aku tak kata yang aku ni baik sangat,, kadang2 sembahyang pun tunggang langgang lagi *jujur * sebab tu aku nak cari yang boleh membimbing ,, jangan aku pulak yang bimbing dya... 

Aku kalo boleh nak cari suami yang kejanya elok, dan kalo boleh keja tetap la... aku takmaw yang jenis keja2 merapu ni.. buat keja yang mendatangkan hasil yg halal.. sapa maw kan suami dya dok tak ketahuan hala... mak mentua pun reject kalo macam tu... biaq la tak keja besar pun janji hasil tu dari yang halal... berkat rumah tangga nanti.. *Insyallah Amin2 :)

Selain tu, Aku nak seorang yang betul2 penyabar... hehhe.. bukan apa aku ni jenis suka bebai gak.. merajuk, tacing2 tu besa la... so kalo dapat yang betul2 paham n penyabar tu dah kira ok la... tapi aku bukan jenis dok saja2 nak bebai... hehhe ikut keadaan laaa.... satgi orang kata pa pulak dok tak dok bebai ni... hahha 

Aku rasa aku ni kadang2 banyak terpengaruh dengan cerita2 kat Tv tu kot... hahha tengok yang sweet2 ja.. mesti nak macam tu ja... tengok yang laki teruk2 sikit haa terus cop " takmaw la macam tu " aishhhh ! pengaruh teruk ni... hahha smapai depa bercerai pun yang sedihnya aku... hahaha tapi takpa... tu semua dalam cerita.. kenyataan dya atas diri kita sendiri... heheh pandai2 la kita nanti ...

So kesimpulannya dekat ni.. aku harap nanti sapa pun bakal jodoh aku.. dya dapat terima segala kekurangan dan kelebihan yang ada dekat aku ni.. Allah jadikan kita berpasang pasangan.. semoga awak dapat isi kekurangan saya dengan kelebihan awak dan saya pun dapat isi kekurangan awak degan kelebihan saya.. hehhehe...
Encek Jodoh, walau di mana pun awak berada saya tetap mendoakan yang terbaek buat awak.. mungkin saya kenal awak ataupun tak kenal awak pada masa tu nanti.. saya harap awak boleh jadi terbaek buat saya... sama2 lah kita persiapkan diri kita dengan memperbaiki apa yang kurang untuk diri kita... semoga awak mampu menjadi imam yang terbaek buat saya.. dan saya mampu menjadi makmum yang setia buat awak.. AMIN :)


*5 a.m 15022014

Sunday, 21 July 2013

Cinta.. Rupa ? Umur @ Harta ?





Assalamualaikum semua.. selamat pagi..:)
Sekarang ni pi mana2 pun tetap akan ada orang bercakap pasal cinta.. tak kisah la dari member2 atau orang lain.. benda ni memang selalu sangat dengan kita...
Meh kita buka satu isu pasal cinta ni sikit.. kadang2 tak paham kenapa orang selalu tak boleh berfikiran terbuka sikit pasal ni..maksud berfikiran terbuka kat sini tak lah sampai terbuka sangat fikiran tu sampai nak menghalalkan apa yang haram.. membolehkan apa yang tak boleh... no ! no ! no ! bukan macam tu maksud aku k... Maksud aku zaman sekarang kadang2 kita ni terlampau suka sangat mengambil tahu hal orang.. samaada aku atau hampa,, aku rasa sama ja kita ni.. kadang2 suka terlebih ambik tahu hal orang.. betul ke dop? tak yah tipu la kalau kata tak tu... :) manusiaaa sayang oiiii... 


Bila Kita tengok orang yang bercinta kan.. mesti kita tengok pada rupa depa.. benda yang penting yang akan kita nampak dulu, rupa lah kan..,, betul tak ? tengok awek cantekkk , tapi pakwe agak kurengg sikit la.,, mesti akan ada mulut2 yang kata. "ish, tak sesuai la depa tu.. " kadang2 tengok pakwe segak lebih dari awek .. tetap orang akan kata macam tu.. tapi nak wat macam mana.. mungkin tu jodoh depa.. sapa yang taw kan.. Sapa yang tak maw, muka elok , segak ... Aku pun maw kalau macam tu.. kebanyakkannya mesti macam tu.. tapi kalau dah jodoh.. dya tak segak or ensem dya tetap nampak elok kat mata kita.. kan? 


Tapi rupa pun boleh menipu jugak.. tak semestinya yang muka tak ensem, tak segak tu tak baik... kadang2 yang macam ni lebih baik...tapi tak semua la... so don't judge a book by it's cover... Jangan terlampau percaya dekat muka yang segak,, yang ensem ... yang tu belum tentu boleh wat kita bahagia... terpedaya dengan rupa nanti kita yang merana.. memang kita nampak dya "perfect" sangat tapi hakikatnya kita tak taw apa yang akan jadi ke masa depan nanti.. so berhati2... kalau dapat yang baik, dan ada pakej sekali ngan ensem / cantek.. tu semua Allah bagi... :)


Cinta dengan orang yang lebih tua / muda dari kita.. ? tua tu bukan maksud peringkat ayah2 atau atuk2 k... hehhe Tak kisah la dya tua ka muda,,, yang penting dya ada tanggungkawab,, yang kita nak , yang betul2 boleh jaga kita.. boleh bimbing kita.. simple kan? kalau kahwin dengan orang muda tu tak salah.. asalkan dya ada tanggungjawab... kalau dya tak boleh nak bimbing kita, mybe kita boleh tolong bimbing dya.. Insyaallah lama2 nanti dya akan jadi seorang yang matang dan bertanggungjawab..semuanya boleh dipupuk.. abaikan apa yang orang nak kata... sedangkan kita kahwin muda pun orang kata, ni kan kahwin dengan orang yang tua dari kita... bagi yang kahwin muda tu.. atototo sweet sangat hampa... i like ! :)


Ada pulak yang nak kat seseorang tu disebabkan harta... adoila.. still ada lagi orang macam tu sekarang.. kalau tak dekat tv x tunjuk la... *pengaruh drama tv hehhe .. aku pelik la.. apa yang yang orang sibuk sangat nak kejar harta orang... sedangkan kita boleh cari harta kita sendiri.. tak payah nak kikis harta orang... lagi berkat kalau harta sendiri kan.. ada yang kahwin dengan anak oarang kaya.. kononnya boleh hidup senang.. aku kadang2 ada jugak pikiq macam tu.nak jugak macam tu.... tapi kita tak taw apa yang Allah dah atur untuk kita...jangan cari yang banyak harta sangat.. silap2 dya tinggal kita pi cari orang lain.. sebab harta dya banyak.. ikut suka dya la nak wat apa pun.. so sekarang ni.. lebih baik kita cari lelaki yang rajin.. rajin berkerja.. rajin sembahyang ,, kan elok macam tu... kalau dya rajin bekerja.. dah tentu2 dya boleh jamin masa depan kita kan.. tak kaya takpa.. janji dya boleh bertanggungjawab bila dah kahwin nanti.. ye dop? Tak yah sangat la kejar harta yang bukan milik kita.. yang kita nak cari sekarang bahagia dunia dan akhirat... kepada yang nak sangat kahwin dengan harta orang bkn dengan orang dia tu tak payah la.. pikir bagi habis dulu noh... selamat beramal... peace :)