follow me and i will follow you back..muuaccxx !!

Thursday, 13 December 2012

Surat Untuk Calon Suamiku..

Assalamualaikum..
makin kerap pulak aku update blog.. adesss ! final makin dekat.. study pun baru sikit ni.. acaner? ahhaha ! takpa2 , relax2.. hihi.. bila aku dah terlampau banyak study .. aku mesti akan relax2 sat.. sambil baca buku ni "Ya Allah, Diakah Jodohku.." Eh, buku ni aku dah lama beli taw... cuma malas nak baca ja.. hihi.. beli maw.. baca malas... adoii!


So, semalam.. lepas study.. relax2 sat... buka balik buku ni.. baca dri awal blik.. almaklum la .. lama sangat terbiar buku ni... hahha.. beli dari sem lepas lagi... yang aku tertarik ada satu page tu  "surat untuk calon suamiku " .. sapa yang ada buku ni mesti dah baca habis kan.. hihi ok2.. aku nak shrae n copypaste tentang surat tu...

Surat Untuk Calon Suamiku 

Assalamualaikum..
Kehadapan calon suamiku.. 
Apa khabarnya imanmu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali fasa hidup ini ? Sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang ketika ini sedang engkau gengam ?

Wahai calon suamiku..
Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya ? Di sini aku dilatih untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyinkapi sebuah kehidupan dan sedia mendampinigimu kelak. Meskipun kadang-kala keluh dan putus asa menghampiri, namun kini kurasakan diri ini lebih baik..

Kadang-kala aku tertanya-tanya, mangapa Allah selalu menguji tepat di hatiku. Bahagian terlemah diriku, namun aku tahu jawapannya.. Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingati-NYA, kembali mencintai-NYA. Ujian demi ujian Insya-ALLAH membuat aku menjadi kuat, sehingga ketika kelak kita bertemu, engkau berbangga memiliki aku di hatimu, menemani harimu..

Calon suamiku...
Entah di mana dirimu sekarang. Tetapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku.. Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang hebat. hingga kau bangga memilikimu kelak. Apa yang aku harapkan daripadamu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang engkau harapkan daripadaku, hanya kesia-siaan yang engkau dapatkan..

Aku masih hauskan ilmu. Namun berbekal ilmu yang ada ketika ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredaan Allah dan dirimu, suamiku..

Wahai calon suamiku..
Ketika aku masih di bawah jagaan ayah dan bondaku, tidak lain doaku agar menjadi anak yang solehah agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti , setelah menjadi isterimu, aku berhrao menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga hanya aku yang menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh :)

Aku ini seorang pencemburu. Tetapi kalau Allah dan Rasulullah lebih engkau cintai daripada aku, aku rela.. Aku harap begiu pula dirimu..

Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah :- " Aku minta pada Allah setangkai bunga segar , Dia memberiku kaktus berduri. Aku  minta kepada Allah haiwan kecil dan cantik, Dia memberiku ulat bulu. Aku sempat berasa kecewa. Betapa tidak adilnya dunia ini. 

Namun kemudian kaktus itu berbunga indah. Dan ulat pula menjadi kupu2 yang sangat cantik. Itulah Allah , Dia tidak memberi apa yang kita inginkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan.".
Aku yakin engkaulah yang aku perlukan, meski bukan seperti yang aku harapkan..

Calon suamiku yang dirahmati Allah,
Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, tidak akan kunamakan ia gubuk derita. Kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih sayang..

Ketika kelak lahir generasi penerus Islam daripada pernikahan kita, bantu aku mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat , terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah. Bunga akan indah pada waktunya . Ia akan mekar menghiasi taman . Maka kini sedang kepersiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersedia menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.

Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaek, tetapi setidaknya menjadi yang terbaek di sisimu kelak..

calon suamiku..
Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata2. Itulah yang kuhadapi kini. Kelak bila kita bersama , di situlah engkau akan memahami diriku, semua halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu,.

Hidup ini indah bila engkau selalu hadir di sisiku setiap waktu hingga aku hembuskan nafas yang terakhir,,

Wassalamualaikum... 


Apa yang aku harapkan sama ja apa yang tertulis dalam ni.. aku berharap aku dapat berubah jadi yang terbaek... cuma perlu kesabaran dan masa untuk perbaiki lagi diri.. semoga dia pun macam tu.. Insyallah.. amin.. semoga Allah aturkan yang terbaek untuk kita.. :)

p/s : apa yang jadi adalah ujian Allah.. semoga kita tak berputus asa..semuanya berserah pada ALLAH.. :)



No comments:

Post a Comment

tima kasih sudi mengomen disini..:)
Cik Hawa hargai sngt..:)