follow me and i will follow you back..muuaccxx !!

Saturday, 18 February 2012

♥♥♥ HAZAMA :)♥♥♥ *love ♥♥♥*recruits*♥♥♥

Assalamualaikum,, ok time ni still tak tido lagi... sekarang dah pukul 3.26 pagi... hihi PEACE! napa tajuk HAZAMA lak ni... hahha ok la hari ni nak cita pasal HAZAMA..Ok kalo kat FB suma mesty dah letey kan dengar saya asyik sebut pasal HAZAMA kan.. eh, punya pasal la..*ganaiihhh dk??Hihi opss.sOry.. dah minat nak wat camna kan.. buat p la apa pun.. tetap akan suka jugak pasal HAZAMA..

* ensem kan* sapa x suka sila main jauh2 k :)

napa saya suka betul ek kt PAKLANG ni, hmm aik napa panggil paklang?? sapa yg minat hazama taw la napa ek.. hihi ok..meh sini nk cita.. saya suka sangat2 kat HAZAMA ni sebab ::

  • Dia seorang yang kuat semangat beb, dia tetap dengan cita2 dia walaupun dia tersingkir masa AF4..
  • Dia seorang yg tak sia2 kan peluang yg owg bagi kat dia,, haa,kan dah jadi juara AF9..
  • ( lama kan dia tnggu dari AF4) rezeki dia..
  • Dia seorang yang baik tak sombonk ok.. dia layan suma recruits dia..dan dia tak merendah diri..
  • Dia seorang yang hepy, tak suka tunjuk masalah dia kat owg lain.. Dia seowg yang kelakar..
  • Dia mempunyai suara yang tersangat la sedap, best memang power la.. kalo lagu tu slow mendayu2 ja suara dia.. layan beb !




Saya memang minat sangat2 kat HAZAMA ni.. huhu siap beli t-shirt dia lagi.. siap pasang azam lagi tahun ni nak jumpa paklang..huhu BOLEHKAH?? ..huhu saya tak kisah apa pon owg nak kata, janji suma ada minat masing2 kan, sO saya paling pantang owg yg jenis2 nak kata2 ni..*just zip ur mouth k.. suka hati la nak minat sapa pon rasanya tak dak masalah kan.. so beware ok?? ^__^ peace ""

Recruits2 suma taw macam mana perjalanan hidup HAZAMA dari dulu sampai la sekarang.. dah susah2 dia sampai ke tahap ni.. tu maknanya hasil usaha dia selama ni berhasil,, baik untuk dia , family dia dan suma recruits... so tak baik la kalo kita just sekadar nak kritik tanpa menilai *buruk bebenor perangai* tapi it's ok... saya pasti dengan kritikan owg suma la HAZAMA ley sampai ke tahap ni.. THANX SUMA ! *tabikkk!!


Lepas menang AF9, syukur Alhamdulillah murah rezeki HAZAMA,, banyak sangat job dia.. walaupon sibuk dia masih boley luangkan masa ngan suma recruits.. HAZAMA sekarang dah kurus sikit sebab banyak job yang kena wat kan recruits,, ?? hope dya sihat selalu and gigih dengan job dia.. tapi dia maintain ja, still macam tu, tak sombonk walaupon dah dapat banyak job.. bagi recruits suma, dia la idola kami, kan recruits??


Oh lupa nak gitaw,, sekarang ni HAZAMA tengah sibuk shooting.. berlakon pulak..hihi rezeki 2012, bukan drama ok,, dia berlakon FILEM,, (ter-capslock pulak) haha... filem arahan Ahmad Idham, CINTA ATAS TAR, filem ni maybe akan kuar tahun depan..so sapa2 yang minat HAZAMA jom nnty kita serbu itu panggung lahh... hihi HAZAMA berlakon dengan INTAN LADYANA , ( hero & heroin ).. HAZAMA bukan setakat berlakon ja dalam cita ni.. OST pun dia yang nyanyi.. ni bukan rezeki terpijak dah ni.. rezeki luruh di musim durian...hihi... 


HERO&HEROIN

Semoga apa yang HAZAMA usahaka selama ini berbaloi buat dia, semoga dia berjaya dalam suma bidang,,, HAZAMA tercalon ok dalam ABPH, jom lah kita saling pangkah-memangkah di borang ABPH,, sila beli berita harian banyak2 k,, sambil2 baca isu semasa tu jangan lupa UNDI,, pastikan HAZAMA diundi,, peace,, hope rezeki paklang berpanjangan sampai bila2... amin~~


RECRUITS LOVE HAZAMA AHMAD AZMI  SO MUCH ! GOODLUCK !!
RECRUITS SUMA DIBELAKANG ANDA WALAU APA PON YANG TERJADI..
KUATKAN SEMANGAT ANDA<<JANGAN BERPUTUS ASA<< SEMOGA HAZAMA SENTIASA MENJADI BUAH HATI RECRUITS SUMA.. LOVE U !



#TERIMAKASIH SEBAB BACA..hihi ^__^ P>E>A>C>E *bye2 (lambai2)*end:4.24a.m



Wednesday, 15 February 2012

Andai dia bukan untukku :'(


Assalamualaikum.. lama x update belog ni kan... dah naik bersawang dah... tolong2 sapa2 yang rajin... tolong vakum apa yang patut..hihihi

Abaikan pasal yang dah bersawang tu,, huhu malam ni nak tacing2 sikit boley?? (malam ka pagi??).. sampai saat ni hati saya masih tak terbuka tuk sapa2...huhu ntah la napa lah susah sangat .. teroknya pengalaman cinta saya kan... hihi.. relax sudah.. saya dah cuba nak lupa dia.. tapi napa masih teringat dekat dia...hmm.. 
tak terlintas pon nak lupa dia sebenarnya... tapi disebabkan kami dah jauh sangat,, dah 6bulan putus.. saya rasa saya patut pujuk hati saya tuk lupakan dia.. mungkin saya dan dia takdak jodoh kot..hmm.. saya terima... 


Ya Allah, jadikanlah aku hamba-MU yang mencintai ENGKAU lebih dari si dia,
Ya Rahman, isikanlah hatiku dengan cintaku kepadaMU,
Ya Kuddus, jangan lahkau kosongkan hatiku daripada rinduku kepadaMU,
Aku takut akan azabMu Ya Malik.

Berikan aku sekeping hati yang kuat untuk memerangi nafsuku Ya Rahim,
Kurniakan aku rasa cinta kepadaMU yang melebihi rasa cinta kepada manusia,
Diikuti kepada RasulMU.
Kemudian kedua ibubapaku.
dan seterusnya saudaraku..

Berikan aku petunjukmu dalam kekusutan ini Ya Hakim..
Andai dia bukan ditakdirkan untukku,
Redhakan lah hatiku untuk melepaskan dia dari hatiku demi cintaku kepadamu.
Yakinkan aku tentang langkah yang akan aku ambil ini…
Jauhilah rasa menyesal tentang tindakkan aku ini…

Sesungguhnya aku yakin bahawa
Engkau sudah merencanakan sesuatu yg terbaik untuk aku…dan dia…
Tapi ,andai dia sudah di takdirkan untukku,permudahkanlah jalan jodoh kami 
Jadikanlah dia khalifah terbaik bagi keluargaku dan zuriat kami…
Yang boleh membimbingku dan menjadikan aku teman berjuang di jalan-Mu..

Sesungguhnya,padamu tempat aku meminta dan memohon pertolongan…
Amin Ya Rabbal-alamin…. 





walawpun sayang saya dekat dia masih dalam hati... dan kenangan kami masih dalam ingatan,, semoga dia sentiasa diredha olehMU,, berikanlah dia kekuatan jika dia lemah.. semoga dia menjadi hamba yang kekal di jalanMU... 

segala ajal, maut, jodoh suma di tangan TUHAN,, kita mampu merancang,, Tuhan yang menentukan.. mungkin dia bukan jodoh saya, jodoh kan telah ditetapkan Tuhan semasa kita berusia 4bulan ketika dalam kandungan ibu kita.. dari situ malaikat telah catatkan buat kita tentang kehidupan masa hadapan dari awal permulaan hidup kita dan sehingga hembusan terakhir kita... 

- Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah..
: Supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
- Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah..
: Supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

- Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah..
: Supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita.

- Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah..
: Supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah & Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia(pasangan) bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

- Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah..
: Supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

- Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah..
: Supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.

- Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah..
: Supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.

- Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah..
: Supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.



Sungguh besar kurniaan Tuhan, DIA yang mengatur segala-galanya buat kita... dari kita di dalam perut ibu kita hinggalah kita menjadi seorang manusia yang berguna.. DIA yang menciptakan langit dan bumi ,, dan segala kehidupan di bumi.. sesungguhnya kita sebagai pelakon di atas pentas bumi ni hanyalah seorang manusia yang sangat kerdil yang tidak mempunyai apa2..

Semoga Tuhan bukakan pintu hati saya untuk jodoh saya bila tiba masanya nanti... Tuhan menemukan saya dengan owg yang salah sebab DIA nak gantikan saya dengan owg yang lebih baek.. saya inagt tu, TERIMA KASIH YA ALLAH..

Sesungguhnya ::

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)".-An Nur,26


#TERIMAKASIHSEMUA!