follow me and i will follow you back..muuaccxx !!

Friday, 27 July 2012

Hawa tercipta saat Adam tertido :)

Assalamualaikum suma.. macam mana ary ni? posa ke idokk? harap2 still maintain g ek... hahah ok, baru2 ni ada terbaca satu belog ni.. mesty suma taw kan pasal cerita ADAM dan HAWA... tapi tak ramai yang taw hawa tercipta ketika mana kan.. ok meh nk kongsi sikit apa yang saya baca dekat belog tu... suka sangat dengan cerita2 mcm ni.. so, meh kita kongsi2...


Dikatakan seorang lelaki apabila disakiti atau mengalami kesakitan... dya akan terus membenci dan serik... sebaliknya wanita , apabila disakiti satau berada di dalam kesakitan,, maka makin bertambah sayang dan cintanya...


Seandainya Hawa diciptakan di saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasa kesakitan di saat Hawa dikeluarkan melalui sulbinya, hingga dya akan merasa benci kepada Hawa...Akan tetapi Hawa diciptakan di saat Adam tertidur agar Adam tidak merasa sakit di saat Hawa dikeluarkan dari sulbinya dan membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dya melihat kematian ada dihadapannya .. Akan tetapi semakin bertambah syang dan cintanya terhadap zuriat yang dilahirkannya.. bahkan dya akan menebusnya dengan kehidupannya.. 


" Sesungguhnya ALLAH menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi qalbu ( jantung, hati nurani ) "

Oleh itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu,.Hawa diciptakan di tempat  yang nantinya akan berinteraksi dengannya.. Sementara Adam diciptakan dari tanah kerana dya akan berinteraksi dengan tanah, dya akan menjadi petani, tukang batu dan tukang kayu..

Seorang wanita akan berinteraksi dengan perasaan dan dengan hati,. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja dan seorang isteri yang penurut..

Wajib bagi Adam tidak meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi saw, jika seorang lelaki berusaha meluruskan yang bengkok dengan serta merta, maka dya akan mematahkannya...



Yang dimaksudkan dengan kebengkokkan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki... 

Maka wahai Adam, jangan la kamu merendahkan perasaan Hawa, kerana dya memang diciptakan seperti itu ..  Apabila seorang Wanita sedang bersedih dan dya tidak menitikkan airmata,. itu beerti dya sedang menangis di dalam hatinya.. Apabila dya tidak menghiraukan kamu setelah menyakitinya  , sebaiknya beri la dya masa untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.. dan susah bagi wanita untuk mencari sesuatu yang dya benci untuk orang yang paling dya sayang :)

Betapa bertuahnya seorang Wanita di sisi  Allah, dan betapa besarnya tanggungjawab bagi seorang Lelaki...