follow me and i will follow you back..muuaccxx !!

Monday, 18 March 2013

Perempuan memilih ??




Assalamualaikum semua.. selamat petang.. hye hye...
 dah kenyang lunch tadi..,menyantap ikan cencaru sumbat tadi ! dari aku buang masa membela lemak dan membela segala urat2 malas kat badan aku ni.. lebih baik aku merapu2 kat sini... hahaha ! ok.. dah boleh start dah.. makin lama makin menjadi2 kang aku kat sini...

Ramai yang kata perempuan ni memilih? tapi betul ka? bagi aku tak salah kot nak memilih.. disebabkan aku mewakili perempuan yang berumur 20 tahun ke atas... *masihmuda~ hikhik ! aku rasa apa yang depa pikir mybe la sama dengan apa yang aku pikir... ok kita kupas2 bawang sikit apa yang perempuan ni memilih sebenarnya.. jangan salah anggap... perempuan sebenarnya lebih berhati2 dalam hidup dia.. segala pengalaman mematangkan seseorang... begitu juga seorang perempuan yang pernah bercinta dan pernah disakiti memilih untuk cerewet sikit dalam memilih pasangan hidup...

Hati perempuan bila dah betul2 terluka, mybe ambik masa untuk kembali pulih.. So, bila dia dah rasa dia patut tinggalkan segala kenangan yang dulu dan bangkit untuk sembuhkan luka dekat hati dia.. dia takkan lagi memilih seorang lelaki yang hanya nak permainkan dia.. dia akan memilih yang terbaek untuk diri dia,,, bukan sebab rupa harta atau apa saja.. no ! no ! tak semestinya semua nak yang macam tu.. kalau dapat Alhamdulillah ! hihihihik !

Perempuan akan jadi terlampau memilih sebab apa yang dia nak adalah teman hidup , sekali lagi aku ulang TEMAN HIDUP ! bukan teman lepak mahupun teman bermain jongkang jongkit ! so bukan senang nak ambik hati perempuan ni ... ambik masa okey ! jom kita tengok ciri2 apa yang perempuan nak sebenarnya :-


  •  LELAKI YANG PRIHATIN
    Nampak tak? perempuan nak seorang laki yang prihatin sebenarnya,,, perempuan memang banyak cakap ok ! tu memang tak dapat nak dinafikan~ perempuan selalu nya akan lebih banyak bercerita bla bla bla tentang apa ja yang dia rasa... dengan cara tu la perempuan meluahkan perasaan dia... dia perlukan seorang lelaki yang boleh jadi tempat yang dia mengadu... bercerita dan ambik berat pasal dia... bukan ambik taw tentang berat dia sekarang okey!

  •  LELAKI YANG BOLEH MEMBIMBING
    Bukan setakat prihatin ja.. apa yang perempuan cari dalam pasangan hidup dia adalah seorang pembimbing.. kalau seseorang lelaki tu suka perempuan tu.. niat lah nak jadikan perempuan yang halal bagi awak ek.. tak banya pun yang perempuan mintak.. cukup sekadar dia boleh bimbing perempuan yang dia sayang ke jalan Allah...  tak perlu semata2 nak jual rupa or harta ja.. kalau dapat yang tu semua, tu adalah anugerah Allah.. Pakej la owg kata !hihihi :)

  • LELAKI YANG BOLEH TERIMA KEKURANGAN 
    Bagi aku yang ni penting ! important sangat2~ perempuan nak seorang lelaki yang sanggup terima dia seadanya... setiap yang kita nampak sempurna itu pasti ada kekurangan nya... hanya Alla saja yang taw... kalau seseorang lelaki tu tak boleh nak terima seseorang perempuan tu.. jangan cuba2 nak try noh ! buat sakit hati ja... kita kena paham yang setiap kekurangan kita tu akan lengkap dengan kelebihan si dia.. begitu la sebaliknya... so, belajar terima kekurangan si dia.. baik buruk Jodoh Allah yang tentukan.. kena ingat tu !

  • LELAKI YANG BERTANGGUNGJAWAB
    Komitmen itu penting ! perempuan nak lelaki yang bertanggungjawab n ada tanggungjawab..dah macam mana pulak tu... * let see! nak pilih teman hidup ni susah jugak.. perempuan nak teman hidup dia tu seorang yang mampu cari duit sendiri.. bukan duit mak bapak semata2.. tu takdak tanggungjawab namanya tu ! perempuan suka lelaki yang kerja kuat.. cari duit n pandai bina hidup sendiri...  sekurang2 nya nanti bila dah kawen.. kenal jugak makna usaha tu okey !


    Ok, dah tak larat nak taip dah.. pandai2 la tambah apa yang kurang ek... ala2 kadar jeppp... yang lain paham2 sendiri la... hahah ! yang perlu seorang lelaki taw adalah.. tak mudah nak ambik hati seorang perempuan yang pernah terluka... sebab tu bila dia dah memilih untuk mencari seseorang tu.. dia akan
    pilih yang terbaek buat dia...bila dia dah letih mencari.. dia akan serah hati dia dekat Allah supaya Allah boleh isi hati dia dengan seseorang yang betul2 boleh jaga hati dia baek2... sebaik2 Jodoh kita adalah Jodoh yang Allah dah tentukan... bila tiba masanya nanti , Allah akan temukan dia dengan seseorang yang tepat.. apa yang penting jangan putus berdoa... Allah sentiasa ada.. :) 





    #Hawa.Aqilia =)


1 comment:

  1. perempuan memang berhak utk memilih.. kerna jalan hidup seorang perempuan selepas pernikahan itu tertetak ats tangan lelaki yg perempuan itu pilih... syurga bagi seorang isteri terletak dibawah tapak kaki suaminya... carilah imam, bukan sekadar suami...(;

    ReplyDelete

tima kasih sudi mengomen disini..:)
Cik Hawa hargai sngt..:)