follow me and i will follow you back..muuaccxx !!

Wednesday, 20 March 2013

Apa yang aku pakai untuk muka ?



Assalamualaikum hye hye selamat malam.. :)
hari ni aku nak share sikit apa yang aku pakai kat muka aku ni,,, untuk pengetahuan ahkak2 ahdik2 sekalian, aku bukan seorang yang penggemar memakai produk yang mahal2 **kecuali terdehsakkkk sangettts ~~ untung bakal suami aku nanti.. tak payah nak beli produk mahal2 untuk aku.. hahah ~~tapi sekali sekala mesti kena mintak jugakk.. hahahx ~ 

Aku juga bukan seorang yang pandai sangat makeup.. sebab tu aku selalu ambik langkah mudah dengan hanya memakai eyeliner n maskara saja... <-- benda wajib aku akan buat bila keluar ! =) aku simple2 ja.. tapi sekarang apa yang penting untuk muka aku adalah pelembap ( moisturizer )... penting2x!!! sebab kulit muka aku macam kering sikit.. so, aku terpaksa cari pelembap untuk bagi ok balik kulit muka aku ni...

Penah sekali kulit muka aku jadi mengelupas.. terok kot ! =( so aku terpaksa beli produk yang mahal sikit.. kecik pulak tu.. rm25  hahahhaah ! bagi aku , tu dah mahal ! tapi puas hati la mahal2 pun.. dia berkesan n bagi kulit aku jadi macam biasa balik.. aku pakai dengan berhati2 kot **pakai sikit2.. jimattt~~~ ahhaah ! 




Benda alah ni la yang aku pakai masa kulit aku mengelupas teruk hari tuh ! beli kat pahmasi~~ kat mana2 pun ada ni.. so bagi sesiapa yang ada masalah macam aku.. produk ni boleh membantu.. dia boleh men-neutral kan balik kulit muka kita...dan jugak bagi melembapkan kulit kita ~aiseyy macam jual produk pulaksss =) tapi siyes produk ni bagus walaupun agak mahal.. tapi standard la jenama2 macam ni... sesiapa yang rasa nak bagi kulit cantek duit berkepok2.. boleh try ini produk...

Disebabkan clinelle yang aku pakai ni tinggal ciput  ja lagi.. aku cari pelembap lain pulak.. no! no! bukan habis madu sepah dibuang.. aku simpan walaupun ada sikit lagi.. hahah ! simpan untuk time emergency **time muka mengelupas jekksss aku pakai~ So sekarang aku pakai hazeline pulak.. ha hazeline ni bagus jugak.. dia unutk melembap kan kulit kita.. tadi untuk melembap n mengelupas kan? ha ni untuk melembap dan bagi kulit kita licin la.. katanyaaaaaa~~ selama aku pakai ok la.. sebab dia lembut n memang bagi lembap kulit.. yang paling best bila pakai hazeline ni.. tak payah pakai krim pun takpa.. just sapu bedak ja.. **lagi sep la krim aku ! hahahah~



semua pic pinjam dari cik google ja... :)



Pelembap hazeline ni ada dua jenis... satu yang warna hijau, n satu lagi warna kuning... yang aku pakai warna kuning... so sapa2 yang rasa nak putih sikit tu boleh la ambik yang warna hijau.. kalau nak yang biasa2 ja boleh ambik yang kuning macam yang aku pakai.. harga dia pun tak mahal mana.. yang besar baru rm10 hengget lebih.. yang kecik rm7 hengget lebih kot.. *jimat kan? aku suka jimat2 ni tapi tahan lama.. =)
hazeline ni wangi sangat2 ... pakai ni tehempek bedak sikit dah boleh keluar jejalan berjemaah dengan kak minah, kak siti n cikgu sebelah umah... *haiipp! =) 

Sapa2 yang rasa nak jimat *yang sepesis dengan aku ni ,,  boleh ambik ni.. hazeline ni sebenarnya bagus sangat tuk kulit.. pakai 2 kali sehari... dok umah pun boleh pakai... paling best pakai lepas cuci muka... ok selamat mencuba... =) *annyeong =)


* dah baca? ada apa2 nak tanya? nk komen ? silakan =)




#Hawa.Aqilia =)




Jalan2 @ shopping @ wayang .. =)

Assalamualaikum semua...
Hari ni aku dah berjaya menebuskan baucer buku aku yang telah sekian lama berada dalam purse aku ber-envelop kan BB1M... hhaha ! detaillss baq hianggg** hari ni cat ajak keluar... dalam istilah ajak tu maksudnya peneman la.. hahah aku nak sangat p kedai komputer tu.. dia pun bawak la... =)

Apa yang aku tebus hari ni? aku tebus 3 barang ja... dengan 3 barang tu habis rm250 + rm30 .. hhohoho ! puass ati aku** aku beli semua yang berkaitan dengan laptop aku ja.. besa la.. sekali sekala kena la gedix2 manja sikit dengan laptop ni... disebabkan aku baru ja tukar kipas yg memusing2 dalam laptop ni sampai mati sebulandua hari tu.... aku pun beli la kat laptop aku ni cooler fan.. **panasss katanyaaa! sebelum beli tu aku suruh cat yang tolong pilih.. boleh pulak dia kata kat aku *apa payah, ambik kipas angin letak ja kat belakang laptop.. ** dush3! hampeh tol... hahah !aku harap laptop aku ni selesa la dengan  servis2 yang diberi... cewaahhhhhh~~

Disebabkan headphone aku yang dok ada tu tinggal hujung2 nyawa ja... (hampir2 putus wayar) ...terjuntai2  macam nak mintak bunuh diri ja... aku pun beli la 1.. ok ! yang ni bukan memudahkan laptop aku.. tapi memudahkan tuan empunya laptop ni.. hahahahah *guling2** so sekarang ~~dengan bangganya**  aku tengah dengar lagu dengan sekuat hati zahir dan batin aku ! hohoho ~~ nampak tak betapa keciwi nyaaa aku kat situ.. hahaah ! *ada aku kesah ! =3 Cat jugak yg tolong pilih kan.. thanx ye :) haha !

Lagi satu barang , aku beli external hard disk.. ha yg ni idea cat la ni... sebab dia tengok aku dok juling2 mata ja kat pendrive.. dia pun kata kat aku *baik beli hard disk ! ok.. lepas dihitung dibilang semua.. ok la.. beli la.. sebab dok pikir laptop aku sekarang ni dah berat sikit.. disebabkan aku selalu sumbat muatan yang terlalu melampau ,, so boleh laa.. tapi aku ambik setakat cukup2 baucer ja walaupun kena tambah tigapulohhengget ! kalau aku ambik yang 1T punya.. mau satu barang ja aku dapat.. aku just ambik 500gb.. banyak jugak tu oiii! aku bukan banyak benda pun yang nak di sumbat dalam ni.. yang external ni aku dan cuit cik google suruh bagi satu pic.. haha 


thank cik google, baru nampak segak sikit hard disk ni.. ahahah !






Dah habis bayar, aku dok tengok kak tu siap bubuh barang tu dalam pestikk agak besar la.. sebab semua barang tu dalam kotak.. dah macam mana aku nak bawak ni.. hahah ! selamat cat yang tolong bawak.. **tanpa disuruh mahupun dipaksa ! hahaha.. dia bawak sampai kesudah.. haha.. macam madam pulak aku ni... hahaha ! #meladerrrrr :P

Lepas tu.. keluar dari situ.. p amanjaya mall.. cat lapar... so, kami p makan kat foodcourt,, siyes baru 1st time aku jejak kaki kt situ.. selama ni tak penah lagi la makan kat situ.. tempat baru la katakan ~~ tapi sebelum makan p usha tiket wayang.. cat nk tengok lawak ke derr... part ni paling best...tak jangka pon ! aku tak taw yang mmber cina aku ~~nick namannya** jaga kaunter situ.. cat tengok tiket.. aku p n say hye ja kat nick.. cat bukan student pun sebenarnya.. dan nick taw yang aku memang student.. sembang2 dengan nick .. sambil beli tiket ~~ untung la cat, sebab nick kira harga student walaupun aku dah gtaw yang aku terlupa bawak matrix.. haha ! nick kira dua owg kami ni dengan harga student okey !  thanx nick , u ni mmg baek la.. **thanx 100x! (senyummm lebarrrrr~~~)

Best jugak tengok lawak ke derr tadi.. aku tak larat nak gelakk **guling2 aku atas kerusi~~ lepas tu p karaoke.. besar kot bilik dia... best ! haha.. cuma kami ni ja yang merosakkan lagu.. kelauutttttt semuaaaa~~~ ahahah ! tapi tak pa la.. bukan selalu keluar pon.. apa2 pon.. hari ni.. 1st time aku mkn kat foodcourt situ.. 1st time masok wayang situ dan 1st time masok bilik karaoke kat situuu **jadi jakun seminitdua! hahahah ! apa2 pun thanx cat sebab teman beli barang n belanja mkn, tengok wayang n karaoke... thank you so muchhhhhh~~  =) #enjoyyy!



#Hawa.Aqilia =) 




Monday, 18 March 2013

Perempuan memilih ??




Assalamualaikum semua.. selamat petang.. hye hye...
 dah kenyang lunch tadi..,menyantap ikan cencaru sumbat tadi ! dari aku buang masa membela lemak dan membela segala urat2 malas kat badan aku ni.. lebih baik aku merapu2 kat sini... hahaha ! ok.. dah boleh start dah.. makin lama makin menjadi2 kang aku kat sini...

Ramai yang kata perempuan ni memilih? tapi betul ka? bagi aku tak salah kot nak memilih.. disebabkan aku mewakili perempuan yang berumur 20 tahun ke atas... *masihmuda~ hikhik ! aku rasa apa yang depa pikir mybe la sama dengan apa yang aku pikir... ok kita kupas2 bawang sikit apa yang perempuan ni memilih sebenarnya.. jangan salah anggap... perempuan sebenarnya lebih berhati2 dalam hidup dia.. segala pengalaman mematangkan seseorang... begitu juga seorang perempuan yang pernah bercinta dan pernah disakiti memilih untuk cerewet sikit dalam memilih pasangan hidup...

Hati perempuan bila dah betul2 terluka, mybe ambik masa untuk kembali pulih.. So, bila dia dah rasa dia patut tinggalkan segala kenangan yang dulu dan bangkit untuk sembuhkan luka dekat hati dia.. dia takkan lagi memilih seorang lelaki yang hanya nak permainkan dia.. dia akan memilih yang terbaek untuk diri dia,,, bukan sebab rupa harta atau apa saja.. no ! no ! tak semestinya semua nak yang macam tu.. kalau dapat Alhamdulillah ! hihihihik !

Perempuan akan jadi terlampau memilih sebab apa yang dia nak adalah teman hidup , sekali lagi aku ulang TEMAN HIDUP ! bukan teman lepak mahupun teman bermain jongkang jongkit ! so bukan senang nak ambik hati perempuan ni ... ambik masa okey ! jom kita tengok ciri2 apa yang perempuan nak sebenarnya :-


  •  LELAKI YANG PRIHATIN
    Nampak tak? perempuan nak seorang laki yang prihatin sebenarnya,,, perempuan memang banyak cakap ok ! tu memang tak dapat nak dinafikan~ perempuan selalu nya akan lebih banyak bercerita bla bla bla tentang apa ja yang dia rasa... dengan cara tu la perempuan meluahkan perasaan dia... dia perlukan seorang lelaki yang boleh jadi tempat yang dia mengadu... bercerita dan ambik berat pasal dia... bukan ambik taw tentang berat dia sekarang okey!

  •  LELAKI YANG BOLEH MEMBIMBING
    Bukan setakat prihatin ja.. apa yang perempuan cari dalam pasangan hidup dia adalah seorang pembimbing.. kalau seseorang lelaki tu suka perempuan tu.. niat lah nak jadikan perempuan yang halal bagi awak ek.. tak banya pun yang perempuan mintak.. cukup sekadar dia boleh bimbing perempuan yang dia sayang ke jalan Allah...  tak perlu semata2 nak jual rupa or harta ja.. kalau dapat yang tu semua, tu adalah anugerah Allah.. Pakej la owg kata !hihihi :)

  • LELAKI YANG BOLEH TERIMA KEKURANGAN 
    Bagi aku yang ni penting ! important sangat2~ perempuan nak seorang lelaki yang sanggup terima dia seadanya... setiap yang kita nampak sempurna itu pasti ada kekurangan nya... hanya Alla saja yang taw... kalau seseorang lelaki tu tak boleh nak terima seseorang perempuan tu.. jangan cuba2 nak try noh ! buat sakit hati ja... kita kena paham yang setiap kekurangan kita tu akan lengkap dengan kelebihan si dia.. begitu la sebaliknya... so, belajar terima kekurangan si dia.. baik buruk Jodoh Allah yang tentukan.. kena ingat tu !

  • LELAKI YANG BERTANGGUNGJAWAB
    Komitmen itu penting ! perempuan nak lelaki yang bertanggungjawab n ada tanggungjawab..dah macam mana pulak tu... * let see! nak pilih teman hidup ni susah jugak.. perempuan nak teman hidup dia tu seorang yang mampu cari duit sendiri.. bukan duit mak bapak semata2.. tu takdak tanggungjawab namanya tu ! perempuan suka lelaki yang kerja kuat.. cari duit n pandai bina hidup sendiri...  sekurang2 nya nanti bila dah kawen.. kenal jugak makna usaha tu okey !


    Ok, dah tak larat nak taip dah.. pandai2 la tambah apa yang kurang ek... ala2 kadar jeppp... yang lain paham2 sendiri la... hahah ! yang perlu seorang lelaki taw adalah.. tak mudah nak ambik hati seorang perempuan yang pernah terluka... sebab tu bila dia dah memilih untuk mencari seseorang tu.. dia akan
    pilih yang terbaek buat dia...bila dia dah letih mencari.. dia akan serah hati dia dekat Allah supaya Allah boleh isi hati dia dengan seseorang yang betul2 boleh jaga hati dia baek2... sebaik2 Jodoh kita adalah Jodoh yang Allah dah tentukan... bila tiba masanya nanti , Allah akan temukan dia dengan seseorang yang tepat.. apa yang penting jangan putus berdoa... Allah sentiasa ada.. :) 





    #Hawa.Aqilia =)


Sunday, 17 March 2013

Debaran SPM =) hekhekhek !



Assalamualaikum semua... Salam 1 Malaysia.. *cewaahh ! ahahah !
Dah tak lama dah kan result SPM nak keluar.. mesti ramai adik2 yang ketaq gilaaa nak ambik result nanti.. hahah ! teringat balik masa aku nak pi ambik result dulu... aku pun ingat2 lupa masa tu... aku ambik pada hari 1st keluar ka hari lain tak taw.. hmm.. kenapa tiba2 hilang ingatan ni... hahahah ! tapi aku rasa aku bukan ambik pada hari 1st keluar result tu .. sebab aku rasa macam lain macam sangat time tu... *hikhok!...

Ok, sebelum hari nak p ambik result tu... set dah ngan member2 aku ni...*jiha, gee, n ramai g la... aku pun tak taw apa yang depa wat sekrang ni.. yang aku taw jiha stdy nurse.. masa tu set dah pagi tu sapa yang sampai dulu tunggu dekat mana2... hari nak pi ambik tu, bangun awal kot.. semangat! aku dah taw maw pikiq dah result macam mana yang nak keluar nanti... sebab dah memang tak boleh nak ubah pun kan...dah jumpa member2 semua, kami pun pi la ke opis..*secara berjemaah okey !
Perangai aku kalau nak wat apa2... mesti aku suruh member2 aku pi dulu.. ahahha ! tapi tu dulu okey ! dapat ja result aku terus duduk kat belakang pastu tengok kodek3 result tu... Alhamdulillah... tak dak yang huruf G dan semestinya takdak huruf F.. fuh~ Alhamdulillah... *aku takkan cerita result aku kat sini ! hahahah *guling2.. lepas tu jumpa cikgu sembang2 merapu* pastu balik... staii kot ! ahhah balik tu lepak2 pekan SP ngan member2.. makan2 minum2 sampai kembong perut ! hikhikhikhok!

Benda yang paling rimas.. bila owg taw result kita keluar... semua owg pakat nak taw... adik beradik,, mak nakan, pak nakan,,, jiran sebelah umah.. jiran lorong depan belakang ! ok stop ! nampak tak betapa ramainya yang nak taw... *sebokkkk jerr ! haha ! yang pasti aku akan jawab... boleh la takdak yang failed pun... takat cukup2 makan ja.. *senyum sampai telinga ^________^ errrrghh !

Ada pulak yang mai menyembang, tanya result dapat berapa... ala,, anak makcik dapat 7A's ja.. anak makcik depan tu dapat 9A's.. okey ! *sentap laju2 !!! selalunya nak dekat sebulan dua or hampir suku tahun jugak la owg dok tanya pasal ni... adeesss ! lumrah beb ! hahah !

Ok lah.. aku harap sapa2 yang nak pi ambik result ni tenang ek.. walau camna pun result tetap tak boleh ubah okey ! hahah ! *jahat aku ni hahaha ! apa2 pun.. gudluck... n semoga berjaya dalam hidup !! kalau boleh sambung belajar.. sambung la adik2 oi... kalau tak mampu cari keja yang baek2 noh.. ok chawww ! bye wassalam...  =)


#Hawa.Aqilia =)



Pagi Buta :3

Assalamualaikum semua..
Ha ni dah awat pulak yang aku tak boleh nak tido ni.. adesss,, so apa aku nk wat ni.. *garu dagu! =)
Aku dah standby dari pukul doplas setehengah tadi lagi ni nak tido.. so sekarang, hmmm *belek2 jam* dah pukul duaempatpulohlima suku setengah.. :P tadi kemain lagi mata ni.. ngantok norr dya.. aku siap guling2 bertomoi dengan bantal lagi... pusing p pusing mai tak jugak tido.. ate, kenapanyerr? entah la komerrr....layankan jerr..*belagak KL's Perok's la pulaksss*dush!

Bohsan, bohsan, bohsan... apa aku nak buat lagi ni.. sok takot jadi panda ja.. tapi okey g jadi panda.. paling kronik takot jadi koala ja *tido duapuluhempatjam* ... OH MY! bosan kot.. aku dah nak dekat sebulan dok umah ni.. cuti sem la katakan.. aku takmaw jadi kayu  ! tak pa.. aku akan berusaha jugak habiskan cuti aku *hentuk kpala kat bantal !

Dok umah membela badan ja.. makan tido makan tido.. nasib baek makan cukup.. haha ! tapi secara jujurnya... walaupun x syok dok umah lama2.. tapi aku lebih suka dok kt umah lagi dari kuaq.. pasepa xtaw .. haha kadang2 owg ajak kuaq pun kena ikut mood jugak.. *tongkat dagu!  hmm... aku harap berat badan aku naik lagi 0.05grm.. haha ! *tetiba =)

 Ni kalau mak taw aku tak tido g ni, nahas keretapi ni.. :P , nak wat camna .. mata tak ngantok lagi..Aku sebenarnya rindu kat anak abg aku.. ( Muhammad Syamiel Aqeff bin Mohd Shahrin ) <---- baru aku perasan panjang jugak noh nama anak abg aku ni.. huhu disebabkan abg aku kena jaga laut kat lahad datu.. cuti dya dibekukan.. kak ipaq n baby pulak ada dekat kelantan.. guano nok g tuh? tapi ayah aku kata nak pi.. tapi tak taw la jadi ka tak.. ataupun sekadar mimpi di tengh hujan *dush!

Apa2 pun aku harap abg aku sihat2 saja kat lahad datu sana... Semoga Allah lindungilah pejuang2 kita kat sana... aku tak paham betoi la kenapa Sulu nak balik sabah.. sabah kan dah jadi sebahagian dari malaysia.. huhu dah la penceroboh.. masok sini wat huru hara... hmm.. sedih aku tengok wira2 yang kena tembak.. semoga wira2 yang terkorban di tempatkan bersama2 para syuhada'... aminnn...

Ya Allah Kau lindungi lah dan selamatkan lah Abg aku dan pejuang2 yang lain.. semoga kemenangan milik depa... amin2 ya rabbal'alamin...

#merapu banyak dah ni.. harap2 aku boleh tido la.. huhuhu... bye2



*Hawa.Aqilia =)


Allah masih bagi peluang.. :)


Assalamualaikum semua..
Kali ni entry agak tacing2 sikit.. tapi tak dak la sampai nk meraung bagai.. nak share sikit apa yang patut... mesti ramai yang tak taw apa yang sebenarnya terjadi kat hidup kita... dan setiap kali ditimpa masalah , kita masih lagi boleh bertahan.. bertahan sebab apa? sebab Allah ... =)

Ambik masa sejenak , pikir balik.. apa yang kita dapat sepanjang kita hidup kat dunia ni.. apa yang kita tempuh selama ni... Kadang2 terpikir.. Astagfirullahala'zim, apa yang aku buat selama ini.. ada tercatit di dalam nota malaikat kiri @ kanan..? semua pernah wat silap...tak ada manusia yang sempurna melainkan ALLAH.. Dia yang menciptakan langit dan bumi.. Dia yang menciptakan Adam dan Hawa dan sekalian makhluk ...

Pernah tak kita rasa, disaat kita betul2 putus asa,,, kita rasa macam dunia ni tak adil.. tak adil bagi kita sedangkan kita tengok orang lain senang dan lebih bahagia dari kita...Allah bagi kita senang sebab Allah nak kita hargai apa pemberian Dia.. Kita tengok orang lain senang kt dunia.. tu pun termasuk dalam salah satu ujian dari Allah... Senang didunia tapi di akhirat? Insyallah kalau kita tak lupa Dia.. kita akan jadi seorang yang bukan saja senang didunia tapi di akhirat...

Dugaan yang Allah bagi pada setiap umatNya tak sama..setiap yang berlaku ada hikmahnya.. kita semua pernah rasa susah rasa senang... rasa bahagia rasa derita.. Allah takkan duga seseorang tu lebih dari kemampuan setiap umatNya.. sebab tu Allah jadikan pelangi selepas hujan.. bila kita dirundung duka.. Allah akan hadiahkan kita sesuatu yang indah.. sesuatu yang tak pernah kita mintak pon dari Dia... terima kasih Ya Allah =)

Tapi kenapa kita selalu lupa Allah.. kita alpa dengan dunia... tapi Allah still bagi kita rezeki yang tak putus2 kat kita.. betapa sayangnya Allah kat kita kan... walau sejahat mana pun kita sekeji dan sehina mana pon kita.. Allah masih lagi bukakan pintu taubat dekat kita..."Allah akan sentiasa membuka pintu taubat untuk kita selagi nyawa kita belum sampai ke halqum" ,, Subhanallah...

Aku harap aku dapat perbaiki diri aku, sempurna dengan solat 5 waktu ku,, dan tak terjebak dengan apa saja yang dilarang Allah.. Aku tak sempurna.. tapi aku cuba perbaiki... semoga Allah buka pinta hati kita supaya kita tak menyimpang jauh dari Dia... Allah sentiasa bagi peluang untuk umatNya kembali kepadaNya.. aminn...


#Hawa.Aqilia =)