follow me and i will follow you back..muuaccxx !!

Monday, 11 August 2014

Surat dari hati :')

Assalamualaikum..

Aku seorang gadis yang pada luarannya semua orang akan nampak aku seorang yang happy, suka gelak2.. Semua orang tahu , disebalik senyuman seorang perempuan terselindung kesedihan yang tak siapa tahu.. Apa yang kami rasa, apa yang kami lalui.. Bila datangnya bab cinta, itu merupakan kelemahan setiap perempuan bila dia betul2 ikhlas dalam sesuatu perhubungan.. Siapa yang tak mahu perhubungan ni kekal hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya ke akhir hayat kan? Macam tu juga aku… huuhuhu

Perasaan yang aku simpan hampir 5 tahun ni masih kekal di sini…Sebab apa? sebab pintu hati telah tertutup....  Aku pernah memiliki dia, tapi tidak lama.. Walaupun Cuma 2 tahun tapi macam yang aku kata tadi.. Perasaan ni masih kekal hingga ke hari ini.. Aku tak tahu sama ada aku bodoh ataupun ini yang aku nak.. Bila sebut pasal perasaan, yup ! I'm still love him.. Walaupun dia tak tahu.. Selepas kami break, aku tak pernah sekali pun mesej atau cari dia.. Biarlah hanya aku saja yang buat keja bodoh tu dengan stalk dia.. Disebabkan aku tak mahu ganggu kebahagian dia.. Aku Cuma tengok dari jauh.. Aku tumpang bahagia bila dia bahagia.. It's okay walaupun bukan dengan  aku janji dia bahagia… Sakit, kecewa, jeles ?? Tipu lah kalau aku kata aku tak rasa semua tu.. Tapi biar ja la Allah saja yang tahu perasaan aku.. Aku doakan dia dari jauh… :')

Kadang2 aku rasa aku perlu move on ! Sampai bila aku nak macam ni.. Untuk berapa tahun lagi aku kena tunggu dia walaupun dalam hati aku susah nak dapat perasaan tu balik dan bagi dekat orang lain… Tiap kali aku aku rasa aku dah sedia untuk move on, saat itu la dia kembali walaupun bukan dengan apa2 harapan.. Tapi tu dah cukup buat aku.. Sekurang2 nya dia masih ingat aku… Walaupun bukan dengan apa2 harapan, aku tetap ada untuk bagi dia semangat sebagai seorang teman.. Dalam keadaan yang tak diduga.. Apa yang boleh aku buat.. Sayang tu masih ada tapi mungkin dia tak tahu.. Hmm tapi takpa. Aku okay .. :')

Member2 aku pelik dengan aku.. Walaupun dah banyak tahun, perasaan aku masih kuat untuk dia.. Aku baru tersedar yang sebenarnya aku dan dia dah 3 tahun break.. Tapi perasaan tu macam baru semalam kami break.. Cepatnya masa berlalu… :') susah untuk aku cari pengganti dia.. Aku selalu pikir macam mana suatu hari nanti dia datang bawak harapan dan masa tu aku dah dengan orang lain.. Apa perasaan dia? Menyesal kah dia ? Ya Allah, adakah aku terlalu mementingkan perasaan dia dari perasaan aku sendiri.. Aku taknak tengok dia sedih ataupun kecewa.. Hmm…

Walaupun kami ok2 ja, tapi aku rasa serba salah nak mesej atau apa2 pun dekat dia.. Aku taknak dia rasa yang aku ni merimaskan.. Aku taknak jadi beban dia.. Sebab tu bila dia diam, aku pun diam.. Tapi dalam hati aku hanya Allah saja yang tahu , aku nak mesej dia hari2.. Tapi aku tahu , dia tahu yang aku selalu ada bila dia perlukan teman untuk bersembang..  Aku Cuma biar ja bila dia rasa dia perlukan aku, aku ada kat sini.. Always be here for you ! Bukan aku taknak terima orang lain.. Tapi perasaan aku ni susah nak baca.. Bila ada orang lain yang betul2 aku suka… aku mmg akan berkawan… tapi bila dah ke arah lebih rapat.. Perasaan tu terus hilang… hmm sebab tu semua jadi separuh jalan ja… 

Kadang2 terasa macam sakit sangat hati.. Bila orang sekeliling tak paham apa yang aku rasa dan kenapa aku masih berharap dekat dia.. Kalau la perasaan aku ni boleh dibaca oleh semua.. Mesti semua tahu macam mana perasaan aku.. Jangan terlalu mendesak kalau tak paham .. Bukannya saya tak pernah cuba nak move on... Hmm nak saja aku jerit apa yang aku rasa.. Tapi aku sendiri pun tak tahu macam mana nak luah.. Andai dia paham apa yang aku, mesti semuanya akan baik2 saja kan? Tapi dia akan tahu ka? Sebab aku tak pernah luah dekat dia.. Aku takut bila aku dah luah dekat dia.. Dia kan terus pergi dari aku.. Buntunyaaa aku ! Rasa macam nak bawak ja diri jauh2.. nak p tenangkan diri, tenangkan kepala otak huhuhu 


Aku tahu Allah sedang uji perasaan  aku.. Aku mudah rasa kecewa dan mudah rasa sedih terkadang menangis.. Bila aku down dan aku rasa buntu sangat, aku selalu mengadu dekat Allah.. Aku tahu Allah tahu semua yang jadi.. Bila aku rindu,, aku sampaikan rindu aku dekat Allah, semoga Allah sampaikan rindu aku ni buat dia… Aku ikhlas dengan ujian yang Allah bagi dekat aku.. Terkadang aku merasa kuat dan semangat aku makin pulih dari kecewa.. Mungkin Allah mendengar doaku.. Aku sedar, apa yang aku harapkan semuanya bergantung dengan izin Allah.. Aku mula belajar redha dengan berserah dengan apa yang akan terjadi nanti… mungkin baik bagi aku atau mungkin tidak .. Tapi sampai bilakah perasaan aku ni? Buat masa sekarang biarlah aku jaga dulu hati aku.. Aku simpan dulu mungkin sesuatu yang baik akan berlaku.. Insyallah.. :') Allah mengetahui segala2nya.. Tabahlah wahai hati.. La Tahzan Innallaha ma'ana....





#M.S.H.F <---- for
*3:07am 11082014



Wednesday, 6 August 2014

Perasaan ini sukar ditafsir ......^^



Assalamualaikum.. Lama rasa tak update belog ni.. Rasanya tak lewat kot nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua.. Harap2 Syawal tahun ni bermakna buat kita... :)
Raya tahun ni..mungkin bahagia atau mungkin agak sunyi bagi aku... Apa yang aku harapkan, di akhir syawal nanti semoga kebahagian ini tak hilang kalau boleh nak selama2 nya.. INSYALLAH :)

Aku sedar , mungkin Allah sedang menguji perasaanku saat ini.. Samaada memilih ataupun dipilih.. Aku tahu, Allah mengetahui apa yang aku rasa ketika ini.. masih bermain dengan perasaan.. Allah hadirkan lagi dia, Tapi aku tak pasti apa yang terjadi sebenarnya.. Apa yang paling aku takutkan bila aku terpaksa bermain dengan perasaan aku sendiri biarpun dia tak mengetahui.. Adakah dia akan hilang seperti dulu lagi andai dia mengetahuinya? Buntunya aku.. Aku dah banyak kali kehilangan dia.. Walaupun ketika dia datang tanpa apa2 harapan.. kenapa perasaan aku sendiri yang sebaliknya berharap? Ya Allah, aku memohon padaMU.. Aturkan sesuatu yang baik buatku.. dan jauhkan aku dari sesuatu yang buruk..

Walaupun hampir 3 tahun berlalu, kenapa perasaan itu masih ada? Aku telah cuba untuk buang perasaan itu.. tapi tak semudah yang aku sangka.. susah sangat2.. Aku selalu ada untuk dia samaada dia sedar atau tidak.. Aku adalah peng-stalker tegar dia.. hehe gila kan? Tapi semua tu tanpa pengetahuan dia.. Aku tak nafikan kadang2 dia tahu aku stalk dia.. hmm.. Tapi aku tak pernah kacau kebahagian dia ataupun privasi dia...Dia bahagia.. Aku tumpang bahagia... tu cukup bagi aku... Aku selalu berharap, aku mampu menjadi seorang teman yang selalu ada dengan dia bila dia ada masalah.. I HOPE !






Perasaan itu masih kekal di tempatnya.. Hanya aku yang simpan semua tu.. Aku berserah kepada Allah.. Allah sebaik2 perancang.. Apa yang terjadi adalah ujian daripadaNyA.. Bahagia ini adalah ujian.. Kecewa ini pun adalah ujian... Allah pinjamkan lagi dia untuk aku, tapi aku tak tahu sampai bila.. Samaada aku mampu jadi temannya atau sebaliknya.. Apa yang aku harapkan, aku dapat buat dia senyum selalu..

Aku mahu selalu ada ketika dia sedih ataupun kecewa.. Saat dia diduga olehMU , saat dia merasakan dia kehilangan segalanya... Terimakasih Ya Allah, tunjukkan dia kepadaku untuk memberi semangat buat dia.. Tapi adakah aku akan menjadi beban buat dia? Aku ikhlas Ya Allah biarpun sebagai seorang kawan.. Berat bagi dia untuk dia lalui semua tu...Aku sedih melihat keadaan dia masa tu.. Tapi Alhamdulillah, KAU telah tenangkan dia.. KAU telah beri kekuatan buat dia..TerimaKasih Ya Allah.. KAU lah sebaik2 penenang buat dia... 

Andai nanti dia hilang lagi.. aku tahu, mungkin aku akan merasa kecewa dan sedih itu lagi.. Tapi aku nak berterima kasih dekat dia sebab selama dia ada walaupun sekejap.. Dia bagi aku bahagia walaupun itu tak seberapa bagi dia.. tapi bermakna buat aku..TerimaKasih awak.. Kalau dia mampu bertahan.. teruslah ada untuk selamanya... Aku serahkan Jodohku kepada Allah.. Semoga Allah permudahkan.. Aku akan menghargai setiap saat yang ada.. 






" Ya Allah, Andai dia jodohku..Dekatkanlah dia kepadaku.. KAU kembalikan perasaan itu buat dia dan aku.. Jadikan kami seorang yang mampu menghargai antara satu sama lain.. Dan bimbing kami ke jalanMu.. Semoga dengan Rahmat cinta yang telah KAU beri buat kami nanti berkekalan hingga ke syurga..
Ya Allah, Andai dia bukan jodohku.. Bawak lah dia perlahan2 pergi jauh dariku.. Buangkanlah segala perasaan yang mungkin akan membuatkan aku ataupun dia merasa kecewa Ya Allah.. Jadikanlah kami seorang yang ikhlas dan redha dengan ujianMU.. Semoga kami mengsyukuri nikmatMU.. Aminn " :')


TERIMAKASIH YA ALLAH ..


#M.S.H.F <---- For
*20.00pm 06/08/14



Saturday, 15 February 2014

Ciri2 bakal suami pilihan aku.. heehe

Assalamualaikum.. agak lama aku tak menaip dekat sini.. apa yang aku sibuk sangat tak taw la.. heheh... Al maklumlah sejak2 habis belajar ni, jadi malas pulak nak online2 ni... *acewaahhhh ~ hahah sekarang ni aku masih lagi menganggur takder kojerr... susah la nak cari keja sekarang ni...asihhhh!! tapi aku bukan nak cerita pasal kojer ni haaa... haha.. ok..let`s star the topic... :)

Sejak2 aku jadi suri rumah ni kan,, ( x kojer ) hehe terpikir nak kawen la pulak.. aishhh ~ * mohon mak xtaw... hahha apa2 pun aku dengar cakap mak aku jangan pikir kawen lagi sebelum dapat keja... aku pun memang pikir nak keja dlu.. kawen apa aihhh awai2... calon takdak... kalo ada tu lain la.. hehhe Ramai yang orang kata, " Ala, pompuan takpa.. nak kawen tak kalut... yang laki ja kalut nak kena cari duit " ... *errghhh! Bagi aku pendapat macam tu dah basi la bagi zaman moden sekarang ni...kalo kata pompuan tak payah keluar duit tu muhonnggg ngat ehhh... pihak lelaki bagi duit hantaran ja... bab2 kenduri bukan pihak lelaki tanggung pun... kalo tak keja mana datangnya duit kan... takkan time kita nk kawen nak wat kenduri pun kita takmaw tolong mak ayah kita.. sekurang2nya dapat la kita bantu sikit kalo kita dah keja... kan2?? sebab tu sekarang ni laki dngn pompuan sama ja.. masing2 kena keja... masa depan kita taktaw lagi macam mana  kan.. so better kita plan dari awal... hehhe 

Adik beradik aku semua cakap, kalo nak cari suami cari yang jenis lekat sembahyang.. bukan ustaz pun takpa.. sekurang2nya dya taw tanggungjawab dya... kalo yang tu aku sokong.. sebab suami bakal jadi imam dan pembimbing buat isteri dengan anak2 dya nanti... aku tak kata yang aku ni baik sangat,, kadang2 sembahyang pun tunggang langgang lagi *jujur * sebab tu aku nak cari yang boleh membimbing ,, jangan aku pulak yang bimbing dya... 

Aku kalo boleh nak cari suami yang kejanya elok, dan kalo boleh keja tetap la... aku takmaw yang jenis keja2 merapu ni.. buat keja yang mendatangkan hasil yg halal.. sapa maw kan suami dya dok tak ketahuan hala... mak mentua pun reject kalo macam tu... biaq la tak keja besar pun janji hasil tu dari yang halal... berkat rumah tangga nanti.. *Insyallah Amin2 :)

Selain tu, Aku nak seorang yang betul2 penyabar... hehhe.. bukan apa aku ni jenis suka bebai gak.. merajuk, tacing2 tu besa la... so kalo dapat yang betul2 paham n penyabar tu dah kira ok la... tapi aku bukan jenis dok saja2 nak bebai... hehhe ikut keadaan laaa.... satgi orang kata pa pulak dok tak dok bebai ni... hahha 

Aku rasa aku ni kadang2 banyak terpengaruh dengan cerita2 kat Tv tu kot... hahha tengok yang sweet2 ja.. mesti nak macam tu ja... tengok yang laki teruk2 sikit haa terus cop " takmaw la macam tu " aishhhh ! pengaruh teruk ni... hahha smapai depa bercerai pun yang sedihnya aku... hahaha tapi takpa... tu semua dalam cerita.. kenyataan dya atas diri kita sendiri... heheh pandai2 la kita nanti ...

So kesimpulannya dekat ni.. aku harap nanti sapa pun bakal jodoh aku.. dya dapat terima segala kekurangan dan kelebihan yang ada dekat aku ni.. Allah jadikan kita berpasang pasangan.. semoga awak dapat isi kekurangan saya dengan kelebihan awak dan saya pun dapat isi kekurangan awak degan kelebihan saya.. hehhehe...
Encek Jodoh, walau di mana pun awak berada saya tetap mendoakan yang terbaek buat awak.. mungkin saya kenal awak ataupun tak kenal awak pada masa tu nanti.. saya harap awak boleh jadi terbaek buat saya... sama2 lah kita persiapkan diri kita dengan memperbaiki apa yang kurang untuk diri kita... semoga awak mampu menjadi imam yang terbaek buat saya.. dan saya mampu menjadi makmum yang setia buat awak.. AMIN :)


*5 a.m 15022014