follow me and i will follow you back..muuaccxx !!

Monday, 11 August 2014

Surat dari hati :')

Assalamualaikum..

Aku seorang gadis yang pada luarannya semua orang akan nampak aku seorang yang happy, suka gelak2.. Semua orang tahu , disebalik senyuman seorang perempuan terselindung kesedihan yang tak siapa tahu.. Apa yang kami rasa, apa yang kami lalui.. Bila datangnya bab cinta, itu merupakan kelemahan setiap perempuan bila dia betul2 ikhlas dalam sesuatu perhubungan.. Siapa yang tak mahu perhubungan ni kekal hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya ke akhir hayat kan? Macam tu juga aku… huuhuhu

Perasaan yang aku simpan hampir 5 tahun ni masih kekal di sini…Sebab apa? sebab pintu hati telah tertutup....  Aku pernah memiliki dia, tapi tidak lama.. Walaupun Cuma 2 tahun tapi macam yang aku kata tadi.. Perasaan ni masih kekal hingga ke hari ini.. Aku tak tahu sama ada aku bodoh ataupun ini yang aku nak.. Bila sebut pasal perasaan, yup ! I'm still love him.. Walaupun dia tak tahu.. Selepas kami break, aku tak pernah sekali pun mesej atau cari dia.. Biarlah hanya aku saja yang buat keja bodoh tu dengan stalk dia.. Disebabkan aku tak mahu ganggu kebahagian dia.. Aku Cuma tengok dari jauh.. Aku tumpang bahagia bila dia bahagia.. It's okay walaupun bukan dengan  aku janji dia bahagia… Sakit, kecewa, jeles ?? Tipu lah kalau aku kata aku tak rasa semua tu.. Tapi biar ja la Allah saja yang tahu perasaan aku.. Aku doakan dia dari jauh… :')

Kadang2 aku rasa aku perlu move on ! Sampai bila aku nak macam ni.. Untuk berapa tahun lagi aku kena tunggu dia walaupun dalam hati aku susah nak dapat perasaan tu balik dan bagi dekat orang lain… Tiap kali aku aku rasa aku dah sedia untuk move on, saat itu la dia kembali walaupun bukan dengan apa2 harapan.. Tapi tu dah cukup buat aku.. Sekurang2 nya dia masih ingat aku… Walaupun bukan dengan apa2 harapan, aku tetap ada untuk bagi dia semangat sebagai seorang teman.. Dalam keadaan yang tak diduga.. Apa yang boleh aku buat.. Sayang tu masih ada tapi mungkin dia tak tahu.. Hmm tapi takpa. Aku okay .. :')

Member2 aku pelik dengan aku.. Walaupun dah banyak tahun, perasaan aku masih kuat untuk dia.. Aku baru tersedar yang sebenarnya aku dan dia dah 3 tahun break.. Tapi perasaan tu macam baru semalam kami break.. Cepatnya masa berlalu… :') susah untuk aku cari pengganti dia.. Aku selalu pikir macam mana suatu hari nanti dia datang bawak harapan dan masa tu aku dah dengan orang lain.. Apa perasaan dia? Menyesal kah dia ? Ya Allah, adakah aku terlalu mementingkan perasaan dia dari perasaan aku sendiri.. Aku taknak tengok dia sedih ataupun kecewa.. Hmm…

Walaupun kami ok2 ja, tapi aku rasa serba salah nak mesej atau apa2 pun dekat dia.. Aku taknak dia rasa yang aku ni merimaskan.. Aku taknak jadi beban dia.. Sebab tu bila dia diam, aku pun diam.. Tapi dalam hati aku hanya Allah saja yang tahu , aku nak mesej dia hari2.. Tapi aku tahu , dia tahu yang aku selalu ada bila dia perlukan teman untuk bersembang..  Aku Cuma biar ja bila dia rasa dia perlukan aku, aku ada kat sini.. Always be here for you ! Bukan aku taknak terima orang lain.. Tapi perasaan aku ni susah nak baca.. Bila ada orang lain yang betul2 aku suka… aku mmg akan berkawan… tapi bila dah ke arah lebih rapat.. Perasaan tu terus hilang… hmm sebab tu semua jadi separuh jalan ja… 

Kadang2 terasa macam sakit sangat hati.. Bila orang sekeliling tak paham apa yang aku rasa dan kenapa aku masih berharap dekat dia.. Kalau la perasaan aku ni boleh dibaca oleh semua.. Mesti semua tahu macam mana perasaan aku.. Jangan terlalu mendesak kalau tak paham .. Bukannya saya tak pernah cuba nak move on... Hmm nak saja aku jerit apa yang aku rasa.. Tapi aku sendiri pun tak tahu macam mana nak luah.. Andai dia paham apa yang aku, mesti semuanya akan baik2 saja kan? Tapi dia akan tahu ka? Sebab aku tak pernah luah dekat dia.. Aku takut bila aku dah luah dekat dia.. Dia kan terus pergi dari aku.. Buntunyaaa aku ! Rasa macam nak bawak ja diri jauh2.. nak p tenangkan diri, tenangkan kepala otak huhuhu 


Aku tahu Allah sedang uji perasaan  aku.. Aku mudah rasa kecewa dan mudah rasa sedih terkadang menangis.. Bila aku down dan aku rasa buntu sangat, aku selalu mengadu dekat Allah.. Aku tahu Allah tahu semua yang jadi.. Bila aku rindu,, aku sampaikan rindu aku dekat Allah, semoga Allah sampaikan rindu aku ni buat dia… Aku ikhlas dengan ujian yang Allah bagi dekat aku.. Terkadang aku merasa kuat dan semangat aku makin pulih dari kecewa.. Mungkin Allah mendengar doaku.. Aku sedar, apa yang aku harapkan semuanya bergantung dengan izin Allah.. Aku mula belajar redha dengan berserah dengan apa yang akan terjadi nanti… mungkin baik bagi aku atau mungkin tidak .. Tapi sampai bilakah perasaan aku ni? Buat masa sekarang biarlah aku jaga dulu hati aku.. Aku simpan dulu mungkin sesuatu yang baik akan berlaku.. Insyallah.. :') Allah mengetahui segala2nya.. Tabahlah wahai hati.. La Tahzan Innallaha ma'ana....





#M.S.H.F <---- for
*3:07am 11082014